Tuesday 5 February 2013

Pilihanraya EXCO MPP Tingkatan 6 Sesi 2013


Tarikh            : 5 Februari 2013

Hari                : Selasa

Sasaran Aktiviti       : Semua warga Pra-Universiti SMK Seri Serdang

Objektif Aktiviti       :

1.   Sebagai proses pemilihan secara demokrasi yang melibatkan semua warga Pra-Universiti SMK 
      Seri Serdang dan mengambilkira suara majoriti dalam menentukan kepimpinan.

2.   Memberikan peluang kepada pelajar Tingkatan 6 untuk memilih wakil atau calon EXCO MPP 
      melalui Sistem Demokrasi yang adil dan berkesan.

3.   Melahirkan EXCO MPP yang lebih mampan dan berkualiti serta diterima sebagai pemimpin oleh 
      majoriti pelajar Tingkatan 6.

4.   Melahirkan pelajar Tingkatan 6 yang berfikiran matang dan faham keperluan dan kepentingan 
      kepimpinan di kalangan pelajar.

Gambar Aktiviti        :
Berikut adalah banner pilihan raya EXCO MPP bagi sesi 2013.

Berikut adalah gambar-gambar bagi semua calon EXCO MPP sesi 2013.

Berikut adalah gambar kumpulan calon EXCO MPP sesi 2013 dengan guru pemimpin.

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 beratur untuk mendaftar sebelum mengundi.

Pelajar-pelajar Tingkatan 6 mendapat kertas undi daripada guru sebelum mengundi.

Proses pengundian pilihanraya EXCO MPP sesi 2013 bermula sebaik sahaja kabin pengundian dibuka.

Guru-guru Tingkatan 6 melaksanakan tanggungjawab sepanjang proses pengiraan undi.


No comments:

Post a Comment