Tuesday 15 May 2012

Happy Teachers' Day

This is Teachers' Day and a time to be grateful to all teachers. This profession deserves the special recognition and respect. There is no more appropriate time than this to honour you and

Friday 11 May 2012

Gambar Kelas Tingkatan 6 Atas 2012


 6 Setia Atas

 
 6 Mulia Atas

6 Kreatif Atas

 6 Sabar Atas

 6 Rajin Atas

MAJLIS ORIENTASI TINGKATAN ENAM SESI 2012/2013


DIRASMIKAN OLEH:
PN. FAIZAH BINTI YUSOFF
PENGETUA  CEMERLANG 
SMK SERI SERDANG 


Majlis orientasi  Tingkatan Enam Bawah diadakan  pada 9 Mei hingga 17 Mei 2012.  Beberapa  acara telah dirancang seperti :

i)Taklimat Tingkatan 6 oleh PK Tingkatan 6
ii)Taklimat  Disiplin
 
iii)Taklimat  Format peperiksaan oleh Setiausaha STPM
iv)Taklimat  MUET  oleh Setiausaha MUET
v)Aktiviti bersama kaunselor sekolah
 
vi)Taklimat  mata pelajaran oleh ketua unit setiap subjek
 
vii)Taklimat kokurikulumoleh ketua unit kokurikulum
 
viii)Explorace
 
ix)Pertandingan  permainan dalaman (soduko, petanq)

Tuesday 8 May 2012

Pendaftaran Tingkatan 6 bawah 2012


  Pada 8 Mei 2012 (Selasa) telah diadakan hari pendaftaran Tingkatan 6 Bawah Sesi 2012/13. Majlis  diadakan di  Dewan Seri SMK Seri Serdang.   Majlis  bermula seawal pukul 9.30 pagi sehingga pukul 3.00 Petang .  Majlis telah  berlangsung dengan lancar.   Sebanyak 8 buah kaunter telah disediakan untuk  memudahkan urusan pendaftaran pelajar serta urusan pelajar bertukar sekolah serta jurusan.    Kaunter–kaunter tersebut adalah kaunter sambutan, kaunter pengkelasan/penjurusan aliran, kaunter pendaftaran kelas-kelas, kaunter  Majlis Perwakilan Pelajar (ukur saiz baju T-shirt), kaunter tukar sekolah, kaunter tukar jurusan (kaunselor), kaunter  pengesahan tukar sekolah (PK Tingkatan 6) dan kaunter  penyerahan borang (Ketua Unit HEM).   Setiap pelajar  yang mendaftar telah diberikan borang  senarai semak kaunter untuk memudahkan pelajar  bergerak ke kaunter-kaunter yang disediakan.
  Seramai 180 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut.   Pelajar-pelajar yang ingin  bertukar jurusan perlu menduduki ujian inventori yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah.   Manakala pelajar  yang bertukar sekolah  perlu menunggu  surat  jawapan  perukaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah bagi sekolah yang dipohon.

 
‘Banner’  Hari Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah 2012/13  


 
Pn. Salmiah dan Pengawas sekolah  sebagai AJK sambutan mengalu-alukan kehadiran pelajar dan ibu/bapa


 
Pn Suraya dan AJK  Pelajar  bertugas di Kelas  6 Rajin Atas  menyerahkan borang senarai semak kaunter

 
Pelajar  yang mendaftar  menyemak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran  

 
Pelajar bersama ibu/bapa berada di depan dewan

 
Kaunter 1 :   AJK  sambutan  untuk pelajar  aliran sains  menyerahkan  fail 

 
Kaunter 1 :   AJK  sambutan  untuk pelajar  aliran sastera menyerahkan  fail  

 
Kaunter 2:  Kaunter  Penjurusan/pengkelasan 
Pn. Naimon & Pn. Norliza  bagi aliran sastera
En. Kamarulzaman & Pn. Chew  bagi aliran sains

Kaunter 2 :   Pelajar  menunggu giliran untuk  penjurusan aliran

 
Kaunter 3 :   Pn. Meriam bersama AJK  Pendaftaran  Pelajar untuk pendaftaran  Kelas 6 Setia Bawah

 
Kaunter 3 :   Pn.  Noraizan bersama AJK Pelajar  untuk pendaftaran kelas 6 Mulia Bawah

 
Kaunter 3 :   Pn.  Norzaimuni  bersama AJK Pelajar  untuk pendaftaran kelas 6 Sabar Bawah

 
Kaunter 3 :   Pn.  Indani  bersama AJK Pelajar  untuk pendaftaran kelas 6 Kreatif  Bawah
 
 
Kaunter 3 :   Pn.  Asiah bersama AJK Pelajar  untuk pendaftaran kelas 6 Rajin  Bawah

Kaunter 4 :   Pn.  Elizar bersama AJK Pelajar  kaunter Majlis Perwakilan pelajar (MPP) –ukur saiz baju

 
Kaunter 4 :   AJK Pelajar  kaunter MPP  mengukur saiz baju T-shirt pelajar baru

 
Kaunter 5 :   Kaunselorkaunselor  sekolah di kaunter Rayuan Tukar Jurusan
 

Kaunter 5 :   Pelajar-pelajar perlu menduduki ujian  inventori untuk rayuan tukar jurusan
 
 
Kaunter 6 :   Pn. Rasiah  bersama AJK  pelajar untuk  urusan pertukaran sekolah

 
Kaunter 7 :   Pn. Roslina (PK Tingkatan 6) memberi penerangan kepada pelajar mengenai urusan pertukaran sekolah

 
Kaunter 7 :   Pelajar-pelajar  menunggu giliran  untuk urusan pengesahan  pertukaran sekolah

 
Kaunter 8 :   Pn. Jeyacowri  bersama AJK pelajar  menyemak dokumen pelajar untuk kaunter serahan dokumen

 
Pn. Fathiah  bersama   Sdri  Yong Yu Eng menyemak gambar yang diambil oleh pelajar AJK  dokumentasi

 
Gambaran   aktiviti pada hari pendaftaran..

 
Gambaran  aktiviti  pada  hari pendaftaran..
 

Thursday 3 May 2012

Maklumat Penempatan Tingkatan Enam Bawah 2012


Pelajar mendapat Tawaran  PLKN 
  1. Calon-calon yang sedang mengikuti program Latihan Khidmat  Negara  (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari bekerja.  Bagi pelajar  telah mendaftar ke Tingkatan 6 tidak dibenar mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sehingga tamat STPM 2013.  Pelajar dinasihatkan membuat  permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
  2. Jika pelajar mendapat tawaran PLKN sebelum 8 Mei 2012, anda boleh menangguhkan PLKN dengan mengisi borang khas serta dilampirkan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 dan dihantar ke urusetia PLKN 
 
 Kes tercicir nama
(pelajar berminat ke Tingkatan 6
)
Jika pelajar layak ditawarkan ke Tingkatan 6 tetapi nama tiada dalam senarai yang mendapat tawaran, ada
kemungkinan:
   -  pelajar mendapat tawaran lain seperti matrikulasi, pelajar sekolah agama dll. 
  -   pelajar tersebut perlu mendapatkan surat tawaran ke Tingkatan 6  dari PPD dengan membawa slip keputusan SPM 2011