Wednesday 23 January 2013

Program Larian Gemilang ( Merentas Desa ) 2013


Tarikh            : 23 Januari 2013


Hari                : Rabu
 

Sasaran Aktiviti        Semua pelajar SMK Seri Serdang

Objektif Aktiviti       :

        1.   Melahirkan kesedaran pelajar sekolah untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti bersukan.

        2.   Memupuk perpaduan antara kaum dan mengeratkan hubungan antara pelajar sekolah.

        3.   Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni pelajar sekolah.

        4.   Memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah dan warga sekolah.

        5.   Meningkatkan kecergasan jasmani pelajar sekolah.

Gambar Aktiviti        :
Semua pelajar berkumpul di padang sekolah.

Semua pelajar sedang melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum larian bermula.

Pasukan Kadet Polis bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan pelajar.

Semua pelajar bersemangat untuk menunggu isyarat daripada guru untuk memulakan larian.

Semua pelajar berlari dengan sepenuh hati setelah isyarat untuk memulakan larian dilepaskan.

Pelajar-pelajar berlari sesama sendiri untuk menghabiskan larian.


Walaupun letih, pelajar-pelajar tetap menghabiskan larian dengan penuh semangat.

Pelajar berlari sambil tangannya memegang botol air mineral sebagai bekalan penghilang dahaga.

Pelajar-pelajar berlari dengan penuh gaya untuk menghabiskan larian.

Air muka pelajar-pelajar menggambarkan perasaan gembira dan puas hati setelah berjaya
 menamatkan larian.