Pada 8 Mei 2012 (Selasa) telah diadakan hari pendaftaran Tingkatan 6 Bawah Sesi 2012/13. Majlis diadakan di Dewan Seri SMK Seri Serdang. Majlis bermula seawal pukul 9.30 pagi sehingga pukul 3.00 Petang . Majlis telah berlangsung dengan lancar. Sebanyak 8 buah kaunter telah disediakan untuk memudahkan urusan pendaftaran pelajar serta urusan pelajar bertukar sekolah serta jurusan. Kaunter–kaunter tersebut adalah kaunter sambutan, kaunter pengkelasan/penjurusan aliran, kaunter pendaftaran kelas-kelas, kaunter Majlis Perwakilan Pelajar (ukur saiz baju T-shirt), kaunter tukar sekolah, kaunter tukar jurusan (kaunselor), kaunter pengesahan tukar sekolah (PK Tingkatan 6) dan kaunter penyerahan borang (Ketua Unit HEM). Setiap pelajar yang mendaftar telah diberikan borang senarai semak kaunter untuk memudahkan pelajar bergerak ke kaunter-kaunter yang disediakan.
Seramai 180 orang pelajar telah mendaftar pada hari tersebut. Pelajar-pelajar yang ingin bertukar jurusan perlu menduduki ujian inventori yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah. Manakala pelajar yang bertukar sekolah perlu menunggu surat jawapan perukaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah bagi sekolah yang dipohon.
‘Banner’ Hari Pendaftaran Tingkatan 6 Bawah 2012/13
Pn. Salmiah dan Pengawas sekolah sebagai AJK sambutan mengalu-alukan kehadiran pelajar dan ibu/bapa
Pn Suraya dan AJK Pelajar bertugas di Kelas 6 Rajin Atas menyerahkan borang senarai semak kaunter
Pelajar yang mendaftar menyemak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran
Pelajar bersama ibu/bapa berada di depan dewan
Kaunter 1 : AJK sambutan untuk pelajar aliran sains menyerahkan fail
Kaunter 1 : AJK sambutan untuk pelajar aliran sastera menyerahkan fail
Kaunter 2: Kaunter Penjurusan/pengkelasan
Pn. Naimon & Pn. Norliza bagi aliran sastera
En. Kamarulzaman & Pn.
Chew bagi aliran sains
Kaunter 2 : Pelajar menunggu giliran untuk penjurusan aliran
Kaunter 3 : Pn. Meriam bersama AJK Pendaftaran Pelajar untuk pendaftaran Kelas 6 Setia Bawah
Kaunter 3 : Pn. Noraizan bersama AJK Pelajar untuk pendaftaran kelas 6 Mulia Bawah
Kaunter 3 : Pn. Norzaimuni bersama AJK Pelajar untuk pendaftaran kelas 6 Sabar Bawah
Kaunter 3 : Pn. Indani bersama AJK Pelajar untuk pendaftaran kelas 6 Kreatif Bawah
Kaunter 3 : Pn. Asiah bersama AJK Pelajar untuk pendaftaran kelas 6 Rajin Bawah
Kaunter 4 : Pn. Elizar bersama AJK Pelajar kaunter Majlis Perwakilan pelajar (MPP) –ukur saiz baju
Kaunter 4 : AJK Pelajar kaunter MPP mengukur saiz baju T-shirt pelajar baru
Kaunter 5 : Kaunselor –kaunselor sekolah di kaunter Rayuan Tukar Jurusan
Kaunter 5 : Pelajar-pelajar perlu menduduki ujian inventori untuk rayuan tukar jurusan
Kaunter 6 : Pn. Rasiah bersama AJK pelajar untuk urusan pertukaran sekolah
Kaunter 7 : Pn. Roslina (PK Tingkatan 6) memberi penerangan kepada pelajar mengenai urusan pertukaran sekolah
Kaunter 7 : Pelajar-pelajar menunggu giliran untuk urusan pengesahan pertukaran sekolah
Kaunter 8 : Pn. Jeyacowri bersama AJK pelajar menyemak dokumen pelajar untuk kaunter serahan dokumen
Pn. Fathiah bersama Sdri Yong Yu Eng menyemak gambar yang diambil oleh pelajar AJK dokumentasi
Gambaran aktiviti pada hari pendaftaran..
Gambaran aktiviti pada hari pendaftaran..
No comments:
Post a Comment