Thursday, 3 May 2012

Maklumat Penempatan Tingkatan Enam Bawah 2012


Pelajar mendapat Tawaran  PLKN 
  1. Calon-calon yang sedang mengikuti program Latihan Khidmat  Negara  (PLKN) Fasa 2 dan Fasa 3 hendaklah mendaftarkan diri di sekolah yang ditempatkan tidak lewat dari 7 hari bekerja.  Bagi pelajar  telah mendaftar ke Tingkatan 6 tidak dibenar mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sehingga tamat STPM 2013.  Pelajar dinasihatkan membuat  permohonan penangguhan kepada pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
  2. Jika pelajar mendapat tawaran PLKN sebelum 8 Mei 2012, anda boleh menangguhkan PLKN dengan mengisi borang khas serta dilampirkan surat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 dan dihantar ke urusetia PLKN 
 
 Kes tercicir nama
(pelajar berminat ke Tingkatan 6
)
Jika pelajar layak ditawarkan ke Tingkatan 6 tetapi nama tiada dalam senarai yang mendapat tawaran, ada
kemungkinan:
   -  pelajar mendapat tawaran lain seperti matrikulasi, pelajar sekolah agama dll. 
  -   pelajar tersebut perlu mendapatkan surat tawaran ke Tingkatan 6  dari PPD dengan membawa slip keputusan SPM 2011 
 

No comments:

Post a Comment