Thursday, 2 May 2013

TAHNIAH KERANA  ANDA TERPILIH OLEH  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
SEBAGAI  PELAJAR PRA-UNIVERSITI! 

KAMI  MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA 
DI SMK SERI SERDANG SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6  DAERAH PETALING PERDANA 

ANDA  ADALAH  ISTIMEWA
BAGI KAMI  WARGA  SMK SERI SERDANG,
MAKA  ADA PERKARA PENTING YANG WAJIB  ANDA AMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN
 

HARI   PENDAFTARAN  PELAJAR
TINGKATAN 6   TAHUN  2013


DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PENDAFTARAN

 Lampiran Dokumen Berkaitan dalam 2 Salinan
** ( Satu salinan  perlu diserahkan kepada Guru Tingkatan)

** Dokumen asal perlu ditunjukkan untuk pengesahan


TATACARA BERPAKAIAN SEMASA PENDAFTARAN 

PAKAIAN  SEMASA PENDAFTARAN
(Tanpa pakaian ini anda perlu balik ke rumah dan datang semula dengan kemas)
 
PELAJAR LELAKI (SISWA)
-Baju kemeja putih lengan panjang/ pendek
-Seluar panjang putih
- Tali pinggang hitam
- Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Rambut pendek tidak mencecah kolar baju dan kemas
ELAKKAN  (x)
Rambut bewarna
-  Gel(rambut cacak)
Fesyen skin head 
Fesyen ala ‘trojan
 


PAKAIAN   PELAJAR PEREMPUAN BUKAN MUSLIM (SISWI)
-Baju kemeja putih lengan panjang/ pendek
-Skrit labuh bawah paras lutut  warna `turquoise`   (warna biru seperti pelajar  Tingkatan 5)
- Skrit adalah berbeza dengan `pinafore`
- Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Rambut pendek atau diikat kemas bahagian hadapan tidak boleh menutup  telinga
ELAKKAN  ( X )
Rambut yang diwarnakan
Barang kemas kecuali jam tangan
-   Contact lens (kerana merbahaya dan tidak sesuai sebagai pelajar serta ambil masa untuk menjaganya

PELAJAR PEREMPUAN MUSLIM (SISWI)
-Baju kurung putih lengan baju tidak boleh dilipat
-Kain warna biru warna `turquoise`
-Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Tudung  putih biasa (bukan berfesyen)
ELAKKAN  ( X )
-  Contact lens
Barang kemas kecuali jam tangan
-   Kosmetik



 PERKARA-PERKARA  YANG  MENJADI KEMUSYILAN PELAJAR
 
I.  PELAJAR INGIN BERPINDAH/MENUNGGU TAWARAN IPTA/IPTS
- Jika pelajar ingin berpindah/menunggu mana-mana tawaran IPTA/IPTS, pelajar wajib  
  mendaftar dahulu supaya status tawaran Tingakan 6 tidak terlepas
- Jika pelajar telah mendaftar ke Tingkatan 6, mereka boleh meneruskan Tingkatan 6  
  atau menerima tawaran IPTA/IPTS
II   URUSAN  TUKAR  JURUSAN/SEKOLAH
- Jika  anda ingin menukar jurusan, hanya dari aliran sains ke aliran kemanusiaan sahaja 
- Anda perlu datang mendaftar dahulukemudian anda perlu menduduki  ujian inventori  yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah.
- Perlu mendapat kelulusan PPD dahulu (semua urusan dibuat oleh pihak sekolah)
- Jika hendak tukar sekolah, juga mesti datang mendaftar dahuluKemudian akan diberitahu prosedurnya.
 III   URUSAN PLKN

Pelajar sedang ikuti PLKN

Pelajar boleh memohon menangguhkan @ memohon memendendekkan  jangka masa  
kursus dengan menulis surat rasmi kepada pihak PLKN dengan menyertakan tawaran  
surat Tingkatan 6 yang boleh dicetak melalui internet (website Kementerian  
Pelajaran Malaysia)

Pelajar telah dapat tawaran(tetapi belum pergi  ke  PLKN)
Pelajar  yang telah mendapat tawaran PLKN tetapi belum pergi ke PLKN boleh memohon 
 tangguh  PLKN dengan dengan menulis surat rasmi kepada pihak PLKN dengan  
menyertakan tawaran surat Tingkatan 6 yang boleh dicetak melalui internet (website Kementerian
Pelajaran Malaysia) dan disertakan Borang Penangguhan yang boleh diperoleh daripada pihak PLKN
** Kedua-dua kes ini perlu dimaklumkan kepada pihak  PLKN sebab Sistem Tingkatan 6 & STPM 
Baharu (Modular System) melibatkan penilaian dalam kerja kursus (PBS) yang perlu disiapkan  
dalam jangkamasa tertentu & peperiksaan dalam setiap semester



MAKLUMAT TINGKATAN 6 
SMK SERI SERDANG

WAKTU PERSEKOLAHAN
HARI  :  ISNIN,  RABU  DAN   KAHMIS
WAKTU :  PUKUL  7.25  PAGI  HINGGA 3.15  PETANG

HARI:  SELASA
WAKTU:  7.25  PAGI  HINGGA  1.55  PETANG

HARI:  JUMAAT
WAKTU:  PUKUL  7.25 HINGGA  11.55 TENGAHARI



BUKU TINGKATAN 6
  



PAKEJ  MATAPELAJARAN
TINGKATAN 6  DI SMK SERI SERDANG






























































































































No comments:

Post a Comment