Wednesday, 6 March 2013

Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Tahun 2013




Kadar Baucar Buku       :

Sebanyak 5 keping baucar buku (RM50 sekeping) yang berjumlah RM250 boleh dituntut di agensi/ institusi oleh pelajar sendiri. Waris atau wakil adalah tidak dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi pihak pelajar yang layak.

Tatacara Penggunaan Baucar Buku          :
(a)    Baucar akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan
       mengedarkan kepada semua agensi/ institusi.

(b)   Baucar ini adalah untuk pembelian buku-buku akademik, jurnal, dan majalah ilmiah berdasarkan keperluan agensi/ institusi masing-masing.

(c)    Pelajar perlulah mengisi nama (seperti dalam kad pengenalan) dan nombor kad pengenalan dengan jelas pada baucar tersebut semasa baucar dituntut di kaunter pelaksana agensi/ institusi masing-masing.

(d)   Pelajar boleh menggunakan baucar ini dengan mengemukakan kad pengenalan di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Sekiranya amaun pembelian buku-buku ada berbaki sedikit, pelajar adalah dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan adalah dianggap luput dan tidak boleh dituntut.

(e)  Jika amaun yang dibeli melebihi RM250, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.

(f)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 5 bulan sahaja.

(g)   Tuntutan bayaran balik baucar dibuat oleh kedai buku melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 Jun 2013.

Penyalahgunaan Baucar Buku       :
(a)    Baucar buku yang diterima tidak boleh dipindah milik, ditukarkan dalam bentuk wang tunai atau dijualkan kepada pihak ketiga.

(b)  Mana-mana pihak yang didapati bersubahat dalam penyalahgunaan baucar ini boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

(c)    Adalah menjadi tanggungjawab pihak pelaksana di agensi/ institusi dan kedai-kedai buku untuk mematuhi tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar ini bagi mengelakkan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan.

(d)    Agensi/ institusi berkuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pihak-pihak yang didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan baucar ini.



No comments:

Post a Comment