Tarikh
: 23 Januari 2013
Hari
: Rabu
Sasaran
Aktiviti :
Semua pelajar SMK Seri Serdang
Objektif
Aktiviti :
1. Melahirkan kesedaran pelajar sekolah untuk menjaga kesihatan melalui aktiviti
bersukan.
2. Memupuk perpaduan antara kaum dan mengeratkan hubungan antara pelajar sekolah.
3. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni pelajar sekolah.
4. Memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan pelajar sekolah dan
warga sekolah.
5. Meningkatkan kecergasan jasmani pelajar sekolah.
Semua
pelajar berkumpul di padang sekolah.
Semua pelajar sedang melakukan aktiviti
memanaskan badan sebelum larian bermula.
Pasukan
Kadet Polis bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan pelajar.
Semua pelajar bersemangat untuk menunggu isyarat
daripada guru untuk memulakan larian.
Semua pelajar berlari dengan sepenuh hati
setelah isyarat untuk memulakan larian dilepaskan.
Pelajar-pelajar berlari sesama sendiri untuk
menghabiskan larian.
Walaupun
letih, pelajar-pelajar tetap menghabiskan larian dengan penuh semangat.
Pelajar berlari sambil tangannya memegang botol
air mineral sebagai bekalan penghilang dahaga.
Pelajar-pelajar berlari dengan penuh gaya untuk
menghabiskan larian.
Air muka pelajar-pelajar menggambarkan perasaan
gembira dan puas hati setelah berjaya
menamatkan larian.
No comments:
Post a Comment