Saturday, 28 April 2012

Pendaftaran Tingkatan 6 2013

TAHNIAH KERANA  ANDA TERPILIH OLEH  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEBAGAI  PELAJAR PRA-UNIVERSITI!

KAMI  MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA DI

SMK SERI SERDANG

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN 6 

DAERAH PETALING PERDANA


ANDA  ADALAH  ISTIMEWA
BAGI KAMI  WARGA  SMK SERI SERDANG,
MAKA  ADA PERKARA PENTING YANG WAJIB  ANDA AMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN 

HARI   PENDAFTARAN  PELAJAR

TINGKATAN 6 BAWAH  SESI 2012/2013

 



PAKAIAN  SEMASA PENDAFTARAN
 (Tanpa pakaian ini anda perlu balik ke rumah dan datang semula dengan kemas)
 
PELAJAR LELAKI (SISWA)
-Baju kemeja putih lengan panjang/ pendek
-Seluar panjang putih
- Tali pinggang hitam
- Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Rambut pendek tidak mencecah kolar baju dan kemas
-
ELAKKAN  (x)
-  Rambut bewarna
-  Gel(rambut cacak)
-  Fesyen skin head
-  Fesyen ala ‘trojan

PERATURAN PAKAIAN PELAJAR LELAKI



PELAJAR PEREMPUAN BUKAN MUSLIM (SISWI)
-Baju kemeja putih lengan panjang/ pendek
-Skrit labuh bawah paras lutut  warna `turquoise`
  (warna biru seperti pelajar  Tingkatan 5)
- Skrit adalah berbeza dengan `pinafore`
- Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Rambut pendek atau diikat kemas bahagian hadapan tidak boleh
  menutup  telinga
-
ELAKKAN  ( X )
-  Rambut yang diwarnakan
-  Barang kemas kecuali jam tangan
-   Contact lens (kerana merbahaya dan tidak sesuai sebagai pelajar serta ambil masa untuk menjaganya

PELAJAR PEREMPUAN MUSLIM (SISWI)
-Baju kurung putih lengan baju tidak boleh dilipat
-Kain warna biru warna `turquoise`
-Stokin putih
- Kasut  kanvas hitam
- Tudung  putih biasa (bukan berfesyen)
-
ELAKKAN  ( X )
-  Contact lens
-  Barang kemas kecuali jam tangan
-   Kosmetik
PERATURAN PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN 
 

 

 DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA
(Yang
asal untuk semakan Dan yang salinan untuk diserahkan kepada urusetia)

 

1).  Salinan Surat Tawaran ke Tingkatan Enam Bawah 2012
2).  Salinan keputusan SPM 2011
3).  Salinan Kad Pengenalan
4).  Salinan Sijil Lahir
5).  Salinan Bil Api/ bil air
6).  Salinan surat majikan (Slip Gaji pekerja)
7).  Salinan surat berhenti sekolah terakhir / asal
8).  Salinan sijilk  kokurikulum sekolah terakhir  
Semua dokumen ini adalah  sangat penting untuk pengkalan data pelajar

Peralatan yang juga perlu dibawa semasa pendaftaran

  1).  Alatulis 
*2).  2 keping gambar bersaiz pasport (terkini)

 
BAYARAN
(Perincian bayaran akan diberi dalam bahan edaran semasa pendaftaran)
Secara umumnya;
      *1). Pelajar lelakibukan muslim – RM 196.00 sahaja
      *2).Pelajar lelaki muslim           -  RM  201.00 sahaja
      *3).Pelajar perempuan (semua) – RM 201.00 sahaja
 
Semua yang bertanda (*)  di atas perlu diserahkan pada guru tingkatan masing-masing  semasa  hari pendaftaran

 PAKEJ  MATAPELAJARAN TINGKATAN 6  DI SMK SERI SERDANG

 


URUSAN  TUKAR  JURUSAN/SEKOLAH

Jika  anda ingin menukar jurusan, hanya dari aliran sains ke aliran kemanusiaan sahaja 
Anda perlu datang mendaftar dahulu,  kemudian anda perlu menduduki  ujian inventori  yang dikendalikan oleh kaunselor sekolah.
Perlu mendapat kelulusan PPD dahulu (semua urusan dibuat oleh pihak sekolah)
Jika hendak tukar sekolah, juga mesti datang mendaftar dahuluKemudian akan diberitahu prosedurnya.
   

9 comments:

ah wun said...

is it okay if my parents help me to register at smk ss?i hope i could finish national service before form 6..awaiting for your reply.thank you.

Eason Wong said...

Now you in national service?

ah wun said...

yes :) but i have got things settled ,thank you for your reply anyway :D

ah yee said...

I hear people say , student who didn't have add math basic in form 5 cannot join the kelas 6 kreatif ah , is that real ?

Anonymous said...

Sijil kokurikulum??which kind of sijil that u mean??looking forward for your reply soon.thank you

Anonymous said...

Do we need to stay or can go back right after daftar??

Anonymous said...

When form 6 classes start?

Anonymous said...

kalau nak tukar jurusan must sit for the exam ea ?

Anonymous said...

ade asrama utk form 6 ke??

Post a Comment